Dun Apas — 17 September 2011
Kursus Perdana Haji Peringkat Pantai Timur Sabah 1432 H

Seramai 365 Jemaah Haji dari Pantai Timur Sabah hari ini menghadiri Kursus Perdana Haji Musim Haji 1432 Hijrah/2011 Masihi Peringkat Pantai Timur Sabah yang diadakan di Masjid Al-Kausar, Tawau. Kursus intensif selama 2 hari tersebut di rasmikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Tawfiq mengingatkan Jemaah Haji agar sentiasa menjaga kesihatan serta keselamatan diri masing-masing semasa dalam perjalanan pergi-balik serta semasa berada di Tanah Suci kelak. Beliau juga menyarankan agar Jemaah Haji mempersiapkan diri dengan ilmu berkenaan Rukun Haji serta perkara yang berkaitan dengan pengembaraan kerohanian yang mencabar tersebut. Seramai 652 jemaah haji dari Negeri Sabah akan mula bertolak ke Tanah Suci bermula 3hb Oktober depan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda