Dun Apas — 19 September 2011
Majlis Penyerlahan 1 MalaysiaPesta Kuih Bulan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dimana perayaan kebesaran agama bukan sahaja dirayakan oleh penganut agama tersebut tetapi turut dikongsi kemeriahannya oleh penganut agama lain. Sebagai contoh semasa Rumah Terbuka Hari Raya , rakyat terdiri dari pelbagai suku-kaum, agama dan adat resam turut sama mengunjungi rumah terbuka rakan-rakan beragama islam . Perkara yang sama juga berlaku semasa sambutan Hari Natal, Tahun Baru Cina, Depavali , Pesta Kaamatan dan seumpamanya. Persefahaman serta semangat perkongsian kegembiraan yang ditunjukkan rakyat Malaysia ini merupakan Nilai yang sangat penting yang boleh menjamin rakyat Malaysia terus bersatu padu dalam menghadapi cabaran masa-kini dan masa depan.
Di Tawau, Program Penyerlahan 1Malaysia dan Pesta Kuih Bulan anjuran PBS Sri Tanjung yang diadakan di Dewan Sekolah Tinggi Cina Tawau merupakan contoh terbaik dalam Konsep Perkongsian Kegembiraan dalam meraikan perayaan agama serta adat pelbagai kaum yang berlainan. Majlis tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap Pengerusi BN Tawau YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Turut hadir dalam program tersebut termasuk Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Bahagian PBS Sri Tanjung En Fung Len Pui dan pimpinan komponen BN Tawau yang lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply