Dun Apas — 29 September 2011
Pelancaran SINDEX 2012 Sabah Kali Ke-7

Majlis Perasmian Pelancaran Pameran Rekacipta Dan Rekabentuk Sabah (SINDEX 2012) Ke 7 telah selamat disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di Dewan SMK Kuhara Tawau. SINDEX 2012 merupakan sebuah program anjuran Unit Sains Dan Teknologi JKM Sabah dengan kerjasama Kelab Rotary , Jabatan Pelajaran Sabah serta beberapa NGO’s lain. Program ini bertujuan untuk membudayakan Inovasi serta Kreativiti dikalangan generasi muda diperingkat seawal mungkin yakni semasa mereka dibangku sekolah. Untuk menjadi Negara yang kompetitif dalam persaingan global yang semakin sengit , adalah menjadi satu kemestian bagi menzahirkan generasi berilmu yang mampu berfikir serta bertindak ‘ diluar kotak’ berlandaskan minda inovatif dan kreatif.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply