Dun Apas — 18 September 2011
Perasmian Cawangan Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd

Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd , sebuah syarikat pengendali Haji dan Umrah Swasta berpengkalan di Ibu Kota telah menubuhkan sebuah cawangan di Tawau. Premis cawangan yang terletak di Tingkat 2, Sabindo Square bersebelahan pejabat Tabung Haji Tawau telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Tawfiq berharap dengan wujudnya Gemilang Travel and Tours di Tawau , bukan sahaja akan memudahkan urusan ummat islam yang berhasrat menunaikan Haji atau Umrah bahkan kewujudan Gemilang akan menbuka lebih banyak peluang pekerjaan samada secara langsung maupun tidak langsung dalam sektor pengendalian pengembaraan. Beliau juga turut menyarankan agar Gemilang TT turut sama mempromosikan Daerah Tawau yang terkenal dengan kepelbagaian Budayanya serta keenakan makanan lautnya agar lebih banyak pelancong luar negara termasuk semenanjung Malaysia akan datang berkunjung ke Bumi Peladang ini

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda