Dun Apas — 13 September 2011
Perasmian Maybank Cawangan Bt4 Kabota, Tawau

Maybank , bank terulung di Malaysia dan di rantau Asia hari ini membuka sebuah lagi cawangan di Tawau bertempat di Bt 4 Kabota Square. Perasmian Maybank cawangan Bt 4 Kabota disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapan perasmiannya, Tawfiq memuji langkah Maybank memujudkan cawangan di luar Bandar Tawau yang sudah pasti memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan yang selama ini menghadapi kesukaran menggunakan perkhidmatan perbankan di kawasan Fajar yang terlalu sesak dengan kenderaan. Dimasa yang sama beliau juga menyarankan agar pertimbangan juga diberikan untuk mewujudkan lebih banyak cawangan bank komersil dikawasan luar-bandar sekurang-kurangnya premis mesin ATM/Deposit terutama dikawasan Univilla bagi memenuhi keperluan masyarakat kawasan Kuhara, Taman Hill Top , Tg Batu Darat, Taman Wawasan, Muhibbah Raya dan kawasan Merotai. Kedudukan Maybank cawangan Bt4 Kabota yang sangat strategik dijangka akan menjadi pemangkin kepada kepesatan iklim perniagaan dan perdagangan dikawasan Apas .
Datuk Tawfiq juga berharap Maybank akan terus maju dan pada masa yang sama menyumbang kembali kepada masyarakat Tawau khususnya golongan tidak bernasib baik melalui program Tanggung-jawab Sosial Korporat Maybank.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda