Dun Apas — 18 September 2011
Perasmian Seminar Gagasan 1 Malaysia PIBG SMK Titingan

Ibu Bapa perlu memahami Gagasan 1 Malaysia untuk memastikan masyarakat Bumiputera khususnya generasi masa depan tidak tertinggal dalam perubahan zaman serta gelombang pembangunan yang sedang dan akan terus melanda negara. Hakikat bahwa Rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai suku-kaum, agama serta adat-resam seharusnya tidak menghalang untuk rakyat Malaysia terus bersatu-padu bagi melahirkan suasana aman yang kondusif bagi pembangunan potensi diri setiap warga serta pembangunan negara yang Maju menjelang 2020 kelak. Demikian sedutan ucapan Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Penutupan Seminar Gagasan 1 Malaysia PIBG SMK Titingan dan sekali gus melancarkan Majallah SMK Titingan “Inspira Titingan 2011”.
Seminar Gagasan 1 Malaysia PIBG SMK Titingan yang dihadiri lebih 400 ibu-bapa merupakan anjuran Biro Tata Negara Negeri Sabah dengan kerjasama PIBG SMK Titingan. Pengarah BTN Sabah Datuk Ibrahim Saad menyampaikan ceramah “Gagasan 1 Malaysia” .
Dalam Majlis tersebut turut diadakan penyampaian Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Korporat yang banyak membantu SMK Titingan, serta penyampaian Anugerah kepada Pelajar-Pelajar SMK Titingan yang cemerlang dalam bidang Akademik serta Ko-Kurikulum.
Datuk Tawfiq juga mengambil kesempatan untuk melawat Bangunan baru SMK Titingan yang kini 90% kemajuan pembinaannya. Adalah dijangka pada tahun depan, pelajar-pelajar dan guru-guru akan berpindah dari bangunan sementara SMK Titingan yang agak usang kini ke Bangunan SMK Titingan yang baru serta canggih.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda