Dun Apas — 29 September 2011
Program Rahmat Syawal Dun Sri Tanjung 2011

Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kelompok masyarakat dalam perlaksanaan dasar-dasar kebajikannya. Sehubungan itu, pelbagai skim bantuan disalurkan untuk dimanafaatkan golongan sasar seperti Skim Bantuan Orang Tua ( RM300/sebulan), bantuan Orang Kurang Upaya dan seumpamanya. Setiap bulan Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM16 juta untuk program serta bantuan kebajikan di Sabah manakala Kerajaan Negeri pula membelanjakan lebih RM3 Juta sebulan untuk tujuan yang sama. Demikian antara sedutan ucapan Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa meraikan seramai 40 warga emas dan golongan kurang upaya dalam Program Rahmat Syawal DUN Sri Tanjung di Masjid Lorong Sadani Tawau. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah turut dihadiri Pengarahnya sendiri iaitu Tuan Etong Terang dan pegawai-pegawai kanan Jabatan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda