Dun Apas — 12 September 2011
Sambutan Ketibaan Gabernur Daerah Istimewa Yogyakarta di T2

Gabernur Daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia Sri Sultan Hamengkubowono X selamat tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu untuk lawatan Negeri selama 4 hari ke Sabah. Ketibaan beliau disambut oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah YB Datuk Hj Sukarti Wakiman dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Sri Sultan yang diiringi rombongan ahli-ahli perniagaan dari Yogyakarta akan mengadakan Kunjungan Hormat terhadap TYT YDP Negeri Sabah disamping perbincangan dengan YAB Ketua Menteri DSP Musa Hj Aman mengenai beberapa isu termasuk pelaburan di Sabah dan Yogyakarta. Selain itu, Sri Sultan juga dijangka melawat beberapa tempat termasuk Universiti Malaysia Sabah.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply