Dun Apas — 17 September 2011
Sambutan Merdeka Raya Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Tawau

Jawatan-Kuasa Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Tawau telah menganjurkan Sambutan Merdeka Raya di premis Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Taman Hot Spring Jaya pada malam semalam. Program yang dihadiri J/Kuasa PPKK Daerah Tawau bersama keluarga dan kanak-kanak dari keluarga yang tidak bernasib baik turut juga dihadiri ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Tawfiq mengingatkan masyarakat akan tanggung-jawab dalam menyediakan ruang dan peluang sebaik-baiknya untuk kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang kondusif bagi memenuhi potensi mereka mewarisi negara Malaysia yang terus cemerlang dimasa akan datang. Sehubungan itu, nilai kepekaan dan keperihatinan terhadap kebajikan kanak-kanak wajar diterapkan kepada masyarakat agar mereka tidak mengkhianati amanah dalam memastikan Kanak-Kanak menerima perlindungan , kasih-sayang serta pembelaan sewajarnya dalam memenuhi keperluan asas kanak-kanak tersebut. Majlis turut diserikan dengan sambutan hari ulang tahun seramai 9 kanak-kanak yang lahir pada tarikh Hari Kebangsaan 31 Ogos dan juga penyampaian watikah lantikan kepada Jawatan Kuasa Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Tawau bagi sessi 2011-2012. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Kebajikan (P) Daerah Tawau Ahmad Razali Selabin.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda