Dun Apas — 02 October 2011

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau USIA merupakan sebuah organisasi Islam yang tertua yang masih wujud di Sabah hingga kini dan telah banyak berjasa kepada Ummat Islam di negeri Sabah amnya, dan di Tawau khasnya. Antara mercu tanda sumbangan USIA di Tawau termasuk lah beberapa buah masjid termasuk Masjid Raya Tawau dan Sekolah Agama Islamiyah Tawau. Selain itu, kewujudan USIA di awal tahun 70’an berjaya menyemarakkan Syiar Dakwah Islamiyyah disamping menyatu-padu ummat islam yang terdiri dari pelbagai bangsa serta kesukuan. Pada pagi ahad tadi, Mesyuarat Agung USIA Bahagian Tawau telah selamat dilangsungkan di Wisma Bumi dan dihadiri seramai hampir 150 perwakilan yang datang dari 25 cawangan USIA sekitar Tawau. Perasmian Mesyuarat Agung tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda