Dun Apas — 14 October 2011
Bantuan Untuk Mangsa Kebakaran Jalan Mat Salleh Bt 2 Apas Tawau

Seramai 10 keluarga mangsa kebakaran Jalan Mat Salleh Kg Bt 2 Apas Tawau hari ini menerima bantuan dari UMNO Bahagian Tawau. Bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur tersebut disampaikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang turut melawat tempat kejadian kebakaran tersebut yang berlaku pada 10hb okt lalu. Datuk Tawfiq juga menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada tentang punca-punca yang boleh menyebabkan kemalangan, khususnya peralatan elektrik dirumah yang tidak diselia, kanak-kanak bermain dengan bahan api seperti mercun, penggunaan lilinn secara tidak selamat dan pembakaran sampah yang tidak diawasi di kampung-kampung yang padat dengan perumahan. Turut hadir dalam program penyampaian bantuan tersebut termasuk Pemimpin Kemajuan Rakyat Apas Tn Hj Naim Ahmat, Pengerusi JKKK Kg Bt 2 Jalan Apas Tuan Habib Ismail dan WakiL Ketua Anak Negeri WNc Sopiah Habib Omar.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda