Dun Apas — 31 October 2011
Majlis Graduasi MRSM Tawau 2011

Maktab Rendah Sains MARA Tawau merupakan antara institusi pendidikan Bumiputera yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak bumiputera berpotensi untuk mendapatkan pendidikan terbaik. Sehubungan itu, amatlah wajar bagi setiap pelajar yang mendapat peluang keemasan berada di MRSM Tawau untuk memberi sepenuh komitmen dalam pelajaran mereka bagi memastikan aspirasi diri,keluarga, masyarakat dan negara akan tercapai. Demikian antara sedutan ucapan ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Majlis Graduasi MRSM Tawau kali-3 Tahun 2011. Beliau juga menyarankan agar para pelajar menerapkan nilai-nilai positif yang boleh mendorong mereka menuju kecemerlangan dalam pelajaran disamping memperkuatkan sahsiah diri bagi menghadapi cabaran getir Dunia Tanpa Sempadan. Datuk Tawfiq juga menggesa ibu-bapa berkerjasama dengan pihak pengurusan sekolah bagi menjaga kebajikan para pelajar melalui penglibatan aktif mereka dalam Badan Permuafakatan MRSM Tawau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda