Dun Apas — 23 October 2011
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Tg Batu

Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum di DUN Tg Batu membanjiri kawasan perhimpunan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Tg Batu Keramat tengahari sabtu tadi. Majlis tersebut yang dihadiri Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi BN Sabah YAB DSP Hj Musa Hj Aman diisi dengan acara penyampaian bantuan 1-Azam termasuk Kerusi Roda serta barang keperluan rumah kepada beberapa orang penerima. YAB DSP Musa juga turut sama menjamu selera bersama rakyat Tg Batu dengan makanan dalam pek. Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk Menteri Di Jabatan Ketua Menteri YB Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, ADUN Tg Batu YB Datuk Hjh Hamisah Samad serta Pemimpin-pemimpin lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda