Dun Apas — 15 October 2011
Malam Akrab Rejimen 516 Askar Wataniah

Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negara berjalan selari dengan keamanan yang dikecapi hari ini. Sehubungan itu, peranan Pasukan Tentera termasuk Askar Wataniah dalam menjaga keselamatan dan pertahanan benteng negara dari sebarang anasir serta musuh negara amatlah dihargai. Demikian antara sedutan ucapan Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa berucap di Malam Akrab Kem Tahunan Rejimen 516 AW di Kem Kukusan Tawau. Majlis tersebut diadakan sempena tamat latihan anggota Batalion 1/2/3 dari Rejimen 516 AW yang berlangsung selama 2 minggu. Turut hadir dalam acara tersebut termasuk Komander Rejimen 516 Askar Wataniah Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah serta pegawai-pegawai Rejimen yang lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply