Dun Apas — 15 October 2011
Mesyuarat Agung Pertama Alumni MASAT 2011-2012

Mesyuarat Agung Kali Pertama Alumni Maktab Perguruan Sandakan dan Institiut Pendidikan Guru Tawau MASAT telah terlaksana dengan jayanya bertempat di Institiut Pendidikan Guru Tawau . Acara yang sekali gus merupakan program Re-Union bagi lepasan kedua-dua institiusi tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau berharap Alumni MASAT akan terus bekerjasama melalui jaringan MASAT tersebut bukan sahaja untuk membantu penambah-baikan Institusi Pendidikan Guru bahkan MASAT disaran melaksanakan juga program dalam meningkatkan kualiti pendidikan anak-bangsa khususnya dikawasan lingkungan dimana mereka berada. Dalam pemilihan Jawatankuasa Alumni MASAT sesi 2011-2012 , Cigu Lakarani telah terpilih menjadi Presiden Alumni MASAT. Turut hadir dalam acara tersebut adalah Pengarah Institiut Pendidikan Guru Tawau yang juga Penasihat Alumni MASAT , Hjh Masni Hj Madat. Institiut Pendidikan Guru Tawau merupakan satu-satunya institusi pendidikan guru yang terdapat di Pantai Timur Sabah dan mengganti peranan Maktab Perguruan Sandakan yang telah pun ditutup setelah siapnya IPG Tawau dan semua pelatih-pelati guru berpindah ke Tawau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply