Dun Apas — 17 October 2011
Mesyuarat Agung PIBG SK Titingan 2011-2012

Peranan Ibu Bapa membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam semua bidang di Sekolah amatlah penting dan dialu-alukan. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau PIBG merupakan wadah untuk Ibu Bapa dapat berinteraksi serta bertukar-tukar pandangan dengan pihak pengurusan sekolah demi kebaikan sekolah dan kebajikan murid-murid.
Untuk tujuan tersebut , PIBG SK Titingan Tawau telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2011-1012 dengan kehadiran ibu-bapa yang sangat menggalakkan. Perasmian Mesyuarat Agung tersebut disempurnakan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Turut hadir Pengerusi PIBG SK Titingan Arbain Abd Rahman, Guru Besar En Hasan Kadir, Ketua Anak Negeri Majid Jamal dan Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Apas Hj Naim Ahmat.
Datuk Tawfiq juga menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada Tabung PIBG SK Titingan dan memperuntukkan RM20,000 bagi pembinaan Surau SK Titingan yang baru untuk kegunaan guru-guru serta murid-murid. Selain itu, RM20,000 juga diperuntukkan bagi pembinaan jambatan baru merentasi sungai bagi menghubungkan Kg Titingan dengan SK Titingan .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply