Dun Apas — 23 October 2011
Pelepasan Penyertaan International Borneo Safari 2011

Sebanyak 20 buah kenderaan pacuan 4 roda dari Kelab Kembara Pacuan 4 Roda Tawau telah menyertai Kejohanan Antarabangsa Borneo Safari 2011 di Banjaran Crocker bermula 22hb Oktober 2011. Pelepasan untuk perjalanan konvoi menyertai kejohanan tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang juga ADUN Apas.
Sebelum itu dalam ucapannya, Datuk Tawfiq memuji Kelab Kembara Pacuan 4 Roda Tawau kerana proaktif menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa tersebut dan berharap agar wakil kelab itu mampu mencapai kejayaan untuk mengharumkan nama Daerah Tawau.Tutut hadir dalam acara pelepasan tersebut termasuk AJK Kelab yang diketuai Tn Hj Alizaman Jijurahman.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda