Dun Apas — 30 October 2011
Perjumpaan MP3 Tawau dan PNK Tawau

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau merupakan persatuan nelayan yang majoriti ahlinya adalah golongan bumiputera yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan maupun terlibat dalam industri hiliran perikanan . Baru-baru ini seramai 6 Ahli Lembaga Pengarah PNK Tawau yang diketuai Hassan Hj Timbasal mengadakan pertemuan sambil menyampaikan Taklimat Aktiviti PNK Tawau kepada Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian/Perikanan Parlimen Tawau YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di pejabat UMNO Tawau. Dalam pertemuan itu juga, Datuk Tawfiq berharap agar PNK Tawau akan terus bergerak aktif membimbing golongan nelayan dalam menghadapi cabaran industri perikanan yang semakin sengit . Beliau juga memberi jaminan yang MP3 Tawau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PNK Tawau dalam perjuangan membela nasib serta kebajikan golongan nelayan di Daerah Tawau.Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Setiusaha MP3 Tawau Jailani Asis, Pemimpin Kemajuan Rakyat Apas Hj Naim Ahmat serta Pengurus Besar PNK Tawau Sazaly.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda