Dun Apas — 17 October 2011
Pertandingan Sukaneka dan Futsal Tabika Perpaduan Tawau 2011

Sebanyak 13 buah Tabika Perpaduan di Daerah Tawau menyertai Sukaneka dan Pertandingan Futsal Tabika Perpaduan Daerah Tawau 2011 yang dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapannya Datuk Tawfiq menyatakan bahwa usaha menerapkan Nilai-Nilai murni dan positif seperti Perpaduan, Kemampuan untuk Bersaing secara sihat, Disiplin dan lain-lain perlu dilakukan seawal mungkin pada generasi kanak-kanak agar nilai-niali tersebut akan menjadi sebahagian budaya dalam kehidupan mereka.Ini kerana Generasi Muda hari ini adalah merupakan Aset Utama masa depan Negara bagi meneruskan perjuangan melonjakkan pencapaian cemerlang Negara yang ada pada masa kini.
Turut hadir dalam acara tersebut termasuk Puan Rosmah Wading mewakili Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, Pegawai Perpaduan Daerah Tawau En Zulkhairi, Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Tawau Bacho Kalo, Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Apas Hj Naim Ahmat serta Pengerusi-Pengerusi Tabika Perpaduan Daerah Tawau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda