Dun Apas — 15 October 2011
Program Jerayawara Isu Kanak-Kanak WN Malaysia Tanpa Dokumen

ementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Program Jerayawara Isu Persekolahan Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Bersama Ketua-Ketua Masyarakat Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan bertempat di Dewan SJK(C) Sin Hwa. Program yang dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan bertujuan untuk memaklumkan masyarakat akan signifikasi keputusan Kerajaan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1:2009 yang berbunyi “Kemasukan Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Ke Sekolah ” iaitu “Penerimaan kanak-kanak warganegara yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri masuk kesekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
a) mana-mana salah seorang ibu bapa pelajar tersebut adalah warganegara Malaysia
b) Surat Pengesahan atau Surat Perakuan Ketua Kampung bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak kepada warganegara Malaysia.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda