Dun Apas — 31 October 2011
Program Khidmat Masyarakat Sukarelawan MAYANG P190 Tawau

Sukarelawan MAYANG P190 Tawau yang baru diwujudkan bagi membantu kerja-kerja sukarelawan kebajikan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat membina rumah baru untuk seorang warga emas di Kg Batu Payung, DUN Apas. Warga emas yang juga sebatang kara itu sebelumnya tinggal disebuah pondok usang dibelakang SK Batu Payung sehingga warga kampung yang pemurah membenarkan sebahagian tapak tanahnya digunakan untuk pembinaan sebuah rumah baru. Bahan-bahan peralatan pembinaan rumah tersebut disumbangkan oleh Pejabat ADUN Apas. Program Khidmat Masyarakat tersebut turut disertai ADUN Apas merangkap Pengerusi MAYANG P190 Tawau YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda