Dun Apas — 26 October 2011
Program Memperkasa Model Baru Ekonomi

Gabungan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera (GABEM) Sabah menganjurkan Program Memperkasa Model Baru Ekonomi bertempat di Hotel Emas, Tawau . Program yang dihadiri seramai 300 peserta tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Apas YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Tawfiq menyarankan agar masyarakat bumiputera menyahut seruan Kerajaan untuk membuat perubahan dalam cara mereka menjalankan bidang keusahawanan. Sudah tiba masanya untuk masyarakat bumiputera menjadi usahawan tulin walau pun harus bermula dengan perniagaan kecil atau sederhana . Beliau juga memuji usaha GABEM untuk memberikan kefahaman tentang Model Baru Ekonomi serta peranan usahawan Bumiputera dalam meningkatkan ekuiti pemilikan Kek Ekonomi dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.
Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GABEM Dato Ramlan Osman , Pengerusi GABEM Sabah Datuk Fatimah Shara dan wakil-wakil dari SME Corp, Agro Bank dan Teraju.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda