Dun Apas — 15 October 2011
Program Pemeriksaan Kesihatan Mata dan Gigi Kg Wakuba Tawau

Penjagaan kesihatan termasuk mata serta gigi merupakan antara faktor yang mampu meningkatkan produktiviti rakyat termasuk masyarakat nelayan serta petani diluar-bandar. Sebarang penyakit atau kerosakan pada gigi atau mata seseorang sudah tentu boleh mengganggu tugasan hariannya dan akan menjejaskan produktiviti keluarga tersebut. Sehubungan itu, kesedaran tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan dari peringkat awal lagi amatlah wajar dijadikan budaya dalam masyarakat.
Satu Kempen Pemeriksaan Mata dan Gigi secara percuma anjuran Kelab Rotary Tawau dengan kerjasama UPKR DUN Apas, Hospital Tawau, JASA dan tajaan CIMB telah diadakan di SK Kg Wakuba dalam DUN Apas. Program tersebut dirasmikan ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan mendapat sambutan menggalakkan dari warga kampung Wakuba termasuk ibu-bapa dan kanak-kanak sekolah.
Pada Majlis tersebut juga, Datuk Tawfiq menyampaikan bantuan 300 buah kerusi plastik kepada Badan PIBG SK Kg Wakuba dan Pengerusi JKKK Kg Wakuba. UMNO Tawau juga akan membantu sebarang kos yang diperlukan untuk pembelian peralatan kaca-mata atau gigi palsu untuk warga kampung yang tidak berkemampuan.
Kampung Wakuba merupakan kampung Nelayan Tradisional yang terdiri dari suku-kaum Suluk, Bajau, Bugis. Kampung Wakuba juga terkenal dengan hasil tangkapan perikanan laut serta penghasilan Keropok Amplang yang enak dimakan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda