Dun Apas — 01 October 2011
Program Ziarah JASA PERIHATIN DUN Apas

Pada Jumaat pagi yang baru lepas, ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan bersama-sama pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Tawau mengadakan Program Ziarah kepada seramai 7 keluarga warga yang tidak berkemampuan di kawasan DUN Apas termasuk Kg Inderasabah, Kg Gading, Kg Apas, Kg Titingan dan Kg Bt 3 Jalan Apas. Tujuan lawatan selain menyampaikan bantuan berupa barang keperluan dapur serta wang tunai adalah untuk meninjau keadaan warga tidak berkemampuan tersebut dan merancang bantuan seterusnya samada pembaikan rumah maupun bantuan kebajikan bulanan. Warga yang ditemui dalam program ziarah tersebut mengalu-alukan lawatan seumpamanya dan berharap program ini dapat diadakan dari semasa kesemasa.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda