Dun Apas — 30 October 2011
Seminar Belaian Bahtera Kasih

Keutuhan serta kesejahteraan sesebuah masyarakat maupun negara sedikit sebanyak bergantung kepada keutuhan institusi keluarga yang merupakan unit asas yang membentuk masyarakat serta negara. Sehubungan itu, amatlah wajar institusi keluarga sentiasa dimantapkan khususnya dalam memberi kefahaman akan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu bagi membentuk satu keluarga yang bahagia.Bahtera Kasih bertempat diAuditorium Perpustakaan Wilayah Tawau yang dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Seminar yang dihadiri lebih 300 peserta yang terdiri dari pemimpin masyarakat, wakil-wakil persatuan , kakitangan Jabatan kerajaan Negeri/persekutuan adalah merupakan salah satu pendekatan JHEAINS untuk mengurangkan kadar perceraian dikalangan pasangan beragama islam di Sabah, khususnya di Daerah Tawau. Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk Timbalan Pengarah JHEAINS Hj Rumaling Epit dan Ketua Penolong Pengarah JHEAINS(NCR) Ustaz Baharudin Alwi.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply