Dun Apas — 30 October 2011
Seminar Pembangunan Sukarelawan Kebajikan Daerah Tawau 2011

Nilai Kesukarelawan Kebajikan perlu dipupuk dikalangan orang awam bagi melahirkan masyarakat penyayang serta perihatin. Hasrat menjadikan Malaysia Negara Maju bukan sahaja dari sudut pembangunan fizikal maupun infrastruktur semata-mata, bahkan juga meliputi nilai kesedaran tentang tanggung-jawab kemanusiaan termasuk menyemarakkan semangat serta kerja-kerja sukarelawan kebajikan. Seringkali terjadi tragedi bencana alam maupun malapetaka dimana kehadiran sukarelawan kebajikan amat-amat diperlukan bagi membantu tugasan pihak berkuasa maupun jabatan-jabatan tertentu. Selain itu, keberadaan sukarelawan kebajikan yang pro-aktif akan mampu meyebarkan-luaskan dasar-dasar kebajikan negara dikalangan masyarakat awam disamping membantu golongan yang perlu bantuan kebajikan mendapat perhatian dari pihak yang berwajib.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda