Dun Apas — 28 December 2011
Fiesta Tawau Gemilang 2011

Kelab Tawau menganjurkan Fiesta Tawau Gemilang 2011 di Kompleks Sukan Tawau yang dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Program yang melibatkan beberapa Persatuan dan Kelab Belia khususnya yang meminati sukan serta aktiviti permotoran mendapat sambutan lebih 5,000 pengunjung terutama generasi muda. Dalam ucapannya, YB Datuk Tawfiq memuji usaha Kelab Tawau dibawah pimpinan Dr Hamidah Mary yang aktif menjalankan aktiviti kesukarelaan serta berfaedah untuk masyarakat di Tawau. Tambahnya lagi melalui penganjuran Fiesta Tawau Gemilang ini sudah pasti akan memberi peluang kepada belia yang berminat aktiviti permotoran untuk menunjukkan bakat, kreativiti serta innovasi mereka. Beliau juga berharap generasi muda di daerah ini akan terus bersatu padu serta mengambil peranan untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply