Dun Apas — 18 December 2011
Karnival Jom Sihat 2011 Tawau

Jabatan kesihatan Kawasan Tawau menganjurkan Karnival Jom Sihat 2011 bertempat di Padang Hoki Kompleks Sukan Tawau. Program yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri-pentingnya penjagaan kesihatan itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapannya, Tawfiq menyatakan bahwa penjagaan kesihatan terkadang memerlukan kos tinggi namun kos rawatan apabila kita jatuh sakit selalunya jauh lebih tinggi dan membebankan diri serta keluarga. Sebenarnya kos penjagaan kesihatan diri tidaklah setinggi mana seandainya setiap kita mengamalkan gaya hidup yang sihat . Antara ciri-ciri gaya hidup yang sihat termasuk mengamalkan kegiatan sukan fizikal sekurang-kurangnya bersenam 3 kali seminggu selama 30 minit setiap senaman,mengambil makanan sihat dan berimbang,memupuk minda yang sihat,tidak merokok dan tidak meminum arak atau benda-benda yang membawa lebih banyak mudaratnya.Amalan hidup sedemikian sudah pasti akan menjamin kesejahteraan sesebuah keluarga, seterusnya menjamin keutuhan masyarakat dan negara yang sihat dan produktif.
Turut hadir di Karnival tersebut termasuk Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Asit Sanna, Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran, Wakil Majlis Perbandaran Tawau Jumaat Hassan, Ketua Projek Karnival Jom Sihat 2011 Dr Mohammad Nazarudin Bahari dan tetamu-tetamu lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda