Dun Apas — 11 December 2011
Lawatan Ketua Menteri Ke TSH BIOTECH

Semasa kunjungan ke Tawau baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah YAB DSP Musa Hj Aman telah berkesempatan melawat TSH BIOTECH yang merupakan Pusat Pengeluaran Anak Pokok Kelapa Sawit yang dihasilkan melalui Proses Bioteknologi canggih. Klon sawit yang disediakan dari pusat tersebut mampu meningkat pengeluaran Tandan Sawit Segar dari 4.5 tan sehektar kepada 10 tan sehektar dengan kadar penghasilan ekstraksi minyak yang jauh lebih baik. Kewujudan pusat bioteknologi Sawit yang terletak di Jalan Gading-Wakuba tersebut bukan sahaja akan memenuhi permintaan klon-klon pokok sawit bermutu tinggi dipasaran domestik dan luar negara bahkan menyediakan peluang pekerjaan pekerja mahir tempatan dari sekitar kawasan Tawau. Setakat ini seramai lebih 300 pekerja dari Pakar Penyelidik sehingga operator makmal telah diambil bekerja di Pusat TSH BIOTECH tersebut.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply