Dun Apas — 11 December 2011
Majlis Berkhatan Beramai-ramai Kg Batu Payung

Jiran Wanita (KRT) Kg Batu Payong dengan kerjasama AJK Masjid Nurul Hidayah Kg Batu Payong telah mengadakan Program Berkhatan Beramai-Ramai untuk seramai 20 kanak-kanak kampung. Program yang merupakan acara tahunan tersebut dihadiri ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Turut hadir mantan ADUN Balung Datuk Abd Manan Jakasa dan pimpinan masyarakat Kg Batu Payong. Dalam ucapannya, Datuk Tawfiq menasihatkan ibu-bapa agar memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka dengan menyediakan pendidikan akademik serta keagamaan sebagai bekalan mereka dimasa hadapan. Beliau juga menyarankan agar ibu-bapa sentiasa mengawal pergerakan anak-anak mereka terutama yang masih dibangku sekolah bagi memastikan anak-anak tersebut tidak terjebak dengan gejala negatif seperti gangsterisme, penyalah-gunaan dadah, jenayah dan seumpamanya. Anak-anak yang dididik secukupnya dengan belaian kasih-sayang sudah pasti akan memberikan manafaat kepada orangtua di Dunia dan Akhirat disamping menjadi modal insan yang mampu memenuhi keperluan Negara Malaysia yang Maju dimasa hadapan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda