Dun Apas — 24 December 2011
Majlis Berkhatan Kanak-Kanak Taman Sri Apas

Di musim cuti sekolah ini, pelbagai program diadakan terutama yang berkaitan aktiviti kanak-kanak yang sedang bercuti. Di Taman Perumahan Rakyat Sri Apas Bt 8 Jalan Apas, AJK Masjid Cahaya Raudah telah menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai untuk 30 orang kanak-kanak bertempat di Perkarangan Masjid. Hadir merasmikan Program tersebut ialah ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapan ringkasnya, Tawfiq menyarankan agar ibu-bapa sentiasa menjaga serta memantau anak-anak mereka bagi mengelakkan terlibat dengan aktiviti negatif yang boleh merugikan bukan sahaja diri mereka bahkan keluarga dan negara. Sehubungan itu, Tawfiq juga menyarankan aktiviti mesra generasi muda wajar diwujudkan dikawasan penempatan seperti Taman Perumahan ,samada berbentuk riadah,sukan, kebudayaan, agama dan lain-lain.Turut hadir dalam Majlis tersebut termasuk Tn Hj Nizam Titingan , Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau yang menyampaikan 50 buah Kerusi Plastik kepada AJK Masjid Cahaya Raudah Taman Sri Apas.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda