Dun Apas — 21 December 2011
Majlis Ramah Mesra Rumah Warga Tua Tawau 2011

Keperihatinan masyarakat terhadap golongan memerlukan termasuk warga tua merupakan antara ciri-ciri Masyarakat Penyayang yang perlu dipupuk nilainya dikalangan rakyat negara ini. Untuk merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dan institusi kebajikan yang memberi perkhidmatan kepada warga tua di Daerah Tawau, Rumah Warga Tua Tawau telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Rumah Warga Tua 2011 . Turut hadir dalam acara tersebut termasuk Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Penaung Rumah Warga Tua Tawau Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah. Beberapa individu yang banyak menyumbang kepada Rumah Warga Tua Tawau juga diberikan Penghargaan Khas yang disampaikan oleh Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply