Dun Apas — 24 December 2011
Majlis Sambutan Jubli Perak KRT Titingan

Rukun Tetangga Kg Titingan yang diwujudkan pada tahun 1986 merupakan antara Kawasan Rukun Tetangga yang tertua di Daerah Tawau . Sehubungan itu, satu Majlis meraikan Sambutan Ulang Tahun KRT Kg Titingan yang ke-25 Tahun (Jubli Perak 1986-2011) telah diadakan di Hotel Emas, Tawau. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, yang berharap agar KRT Kg Titingan akan terus memainkan peranan cemerlang dalam memupuk kesatuan serta perpaduan rakyat pelbagai suku-kaum, agama dan adat resam yang menetap di Kg tradisi tertua di Tawau tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk Zulkhairi Zainal Pegawai Perpaduan Daerah Tawau, KAN Majid Jamal, Ketua Kampung Ismail Amo, Pengerusi KRT Kg Titingan Sarifuddin Lamo dan lain-lain pemimpin masyarakat.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply