Dun Apas — 24 December 2011
Penyampaian Bantuan Majlis Pembangunan Pertanian ParlimenTawau

Seramai 7 orang petani dan usahawan tani dari Parlimen Tawau menerima bantuan peralatan pertanian serta mesin IKS dari Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau. Penyampaian peralatan tersebut disempurnakan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di Premis Lembaga Pertubuhan Peladang Parlimen Tawau. Pemberian peralatan bernilai RM50,000 tersebut diharap akan membantu meningkatkan produktiviti para petani maupun usahawan tani untuk mencapai hasrat Negara Malaysia dan Negeri Sabah menjadi “Self-Sufficient” dalam pengeluaran bahan-bahan makanan. Sejak Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau yang dipengerusikan oleh YB Datuk Tawfiq wujud di Tawau, seramai 68 orang telah mendapat manafaat menerima pelbagai bantuan peralatan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan maupun sektor hiliran bidang-bidang tersebut. Jumlah peruntukan yang telah diagihkan sejak 2009 hingga kini berjumlah RM400,000.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply