Dun Apas — 20 December 2011
Sambutan Hari Krismas Tawau 2011

Rakyat Negara Malaysia wajar bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai suku-kaum, agama dan adat-resam. Banyak negara lain yang memiliki rakyat majmuk namun tidak mampu mengurus kepelbagaian tersebut dan mengakibatkan terjadinya pertelingkahan kaum dan agama, hatta hingga mencetuskan huru-hara dan perperangan saudara. Demikian antara sedutan ucapan Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Program Penyerlahan 1Malaysia “Sambutan Hari Krismas Tawau” anjuran JASA dan Parti Bersatu Sabah Bahagian Sri Tanjung. Tambah Tawfiq lagi, nilai Perpaduan dalam Kepelbagaian serta sikap saling hormat-menghormati antara penganut agama berbeza di Negara ini merupakan nilai yang perlu terus dipertahankan dan sewajarnya diwariskan kepada generasi mendatang. Antara keunikan negara ini termasuklah sambutan Hari Raya/Krismas/Depavali dan lain-lain kini diraikan bersama oleh semua rakyat Malaysia dalam semangat 1 Malaysia.
Turut hadir dalam acara tersebut termasuk Ketua Bahagian PBS Sri Tanjung Fong Len Fui, Wakil Pengarah JASA Sabah Cik Rosaliza Said dan beberapa pimpinan Gereja-Geraja di Tawau. (Foto sumbangan sdr Fardy Bungga)

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply