Dun Apas — 20 January 2012
Bantuan Rakyat 1Malaysia

Sebagai menyahut rintihan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merungut mengenai kenaikan kos harga barangan asas di negara, Kerajaan Persekutuan telah memulakan pengagihan RM500 kepada Ketua Isi Rumah berpendapatan RM3,000 kebawah. Di Tawau ,pengagihan Fasa 1 melibatkan seramai 3926 KIR dengan jumlah agihan melebihi RM1.9 Juta . Mereka yang berjaya pada pengagihan Fasa 1 telah pun dimaklumkan melalui SMS atau Telefon Rumah masing-masing . ADUN Apas YB Tawfiq Abu Bakar Titingan bersama-sama Presiden MPT Datuk Ismail Mayakob memantau proses penyediaan agihan Boucer RM500 tersebut dan Dewan Masyarakat Tawau telah dipilih menjadi premis bagi pengagihan tersebut. Untuk Fasa Ke-2 , mereka-mereka yang berjaya akan dimaklumkan sebaik sahaja boucer-boucer berkenaan diterima dari Kota Kinabalu.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda