Dun Apas — 16 January 2012
Foto Penyampaian Bantuan Mangsa Kebakaran Kg Titingan Blok 5

ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyampaikan bantuan kewangan serta keperluan barangan dapur kepada 20 mangsa kebakaran yang berlaku pagi ahad di Kg Titingan Blok 5. UMNO Tawau menyumbangkan wang tunai RM500 dan barang keperluan dapur kepada setiap 20 keluarga mangsa terlibat, manakala Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia menyumbang RM100 dan barang keperluan dapur kepada setiap keluarga. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula turut menyumbang peralatan memasak dan barang keperluan dapur. Sementara itu, Wanita UMNO Tawau/Mayang Parlimen Tawau menyediakan keperluan makanan tengahari hari untuk semua mangsa kebakaran dihari pertama selepas trajedi tersebut manakala Pemuda UMNO Tawau akan mengurus peruntukan KKLW melalui GIAT MARA berjumlah RM14,000 bagi setiap rumah yang akan dibina semula ditapak yang sama. UMNO Tawau juga akan menyediakan peralatan kayu-kayan serta zinc bagi membantu mangsa-mangsa yang akan membina rumah mereka.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda