Dun Apas — 11 January 2012
Lawatan turun padang meninjau keadaan infrastruktur

Lawatan turun padang meninjau keadaan infrastruktur asas merupakan sebahagian tugasan ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan . Antara kawasan yang ditinjau termasuk Jalan menuju bangunan baru SMK Titingan. Turut hadir dalam tinjauan tersebut termasuk PPD Tawau, KJU MPT, Jurutera JKR, Juruukur Daerah dan pegawai-pegawai lain. Selepas itu, Tawfiq juga memeriksa jalan-jalan serta lorong-lorong sekitar Jalan Habib Abd Rahman, Jalan Mat Salleh serta Jalan Masjid Hj Salleh bagi tujuan menaik-taraf jalan-jalan yang rosak. Datuk Tawfiq juga menyakinkan pemilik-pemilik tanah dimana terletaknya jalan/lorong tersebut bahwa tanah mereka tidak akan diambil Kerajaan apabila jalan/lorong kampung tersebut dinaik-tarafkan atau diaspal.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda