Dun Apas — 20 January 2012
Lawatan YAB TPM Ke TawauSemporna

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan singkat ke Semporna dan Tawau untuk menghadiri beberapa acara bersama rakyat. Ketibaan YAB TPM di Lapangan Terbang Tawau diiringi YAB DSP Musa Hj Aman telah disambut meriah oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di Tawau. YAB TPM dan rombongan kemudiannya berangkat ke Semporna menaiki pesawat helikopter TUDM. Sebelah petangnya YAB TPM menghadiri pula acara Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Tawau sebelum bertolak kembali ke Kuala Lumpur pada lewat petang.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda