Dun Balung — 15 January 2012
MANGSA KEBAKARAN DI BLOK 5 KG.  TITINGAN TAWAU

Sdr Ariffin bin Hj. Kassim,  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 beserta Ahli Jawatankuasa telah menyampaikan bantuan berupa barang keperluan harian kepada mangsa kebakaran di Blok 5 Kg. Titingan bertempat di  Perkarangan Tabika Perpaduan Kg. Titingan.Majlis turut dihadiri oleh YB. Datuk Hj. Tawfiq DSP Hj. Abu Bakar Titingan,  Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau  yang  juga  Adun N.56 Apas ,  merangkap Pengerusi  Sukarelawan Mayang P.190 Tawau.   Turut hadir Datuk Ismail Mayakob,  Presiden MPT dan Persatuan Bugis Tawau. Sdr. Ariffin ketika melawat tapak kebakaran. Sebanyak 6 buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut.Jumlah sumbangan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tawau adalah sebanyak
RM1,830.00

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply