Dun Apas — 03 January 2012
Pelancaran Rukun Tetangga Kg Sg Imam

Pewujudan Rukun Tetangga Kawasan Kg Sg Imam merupakan satu usaha proaktif bagi memastikan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta keamanan dan kesejahteraan warga kampung akan terus berkesinambungan. Demikian antara sedutan ucapan Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa melancarkan Rukun Tetangga Kawasan Kg Sg Imam , Tawau. Beliau juga menyarankan agar AJK RT yang dibentuk akan melaksanakan aktiviti bermanafaat untuk semua lapisan masyarakat termasuk mengadakan Skim Rondaan Sukarela yang terbukti berkesan mengurangkan kadar jenayah ditempat-tempat dimana skim tersebut dilaksanakan. Turut hadir dalam acara tersebut termasuk wakil Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau Rahmat Mahiullah, Pengerusi RT Kg Sg Imam Paimin Paidi serta pemimpin tempatan lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda