Dun Apas Dun Balung — 12 January 2012
TINJAUAN MESRA KE KAMPUNG SEKITAR PARLIMEN P.190 TAWAU.

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian P.190 Tawau yang diketuai oleh Sdr. Ariffin bin Hj. Kassim telah mengadakan lawatan tinjauan mesra ke Kg. Blok 31 di sekitar Parlimen P.190 Tawau. Program tersebut turut disertai oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau yang bertujuan untuk melihat sendiri dan mendaftarkan penduduk kampung yang layak mendapat  bantuan kerajaan.ISdr.  Ariffin  Kassim turut menyampaikan sumbangan Pemuda Bahagian Tawau berupa barangan keperluan harian dan kerusi roda kepada golongan yang kurang mampu.  Tinjauan ini  merupakan serampang dua mata dalam usaha menjejak masyarakat yang kurang berkemampuan dan mengemaskini data pemilih di kawasan luar bandar.Jumlah sumbangan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tawau adalah sebanyak RM12,300.00

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda