Dun Apas — 16 January 2012
Trajedi Kebakaran Kg Titingan Blok 5

Kejadian kebakaran diKg Titingan Blok 5 yang berlaku awal pagi ahad telah memusnahkan 6 buah rumah dan meyebabkan kehilangan dua korban jiwa.Punca kejadian kebakaran tersebut sedang disiasat oleh pihak Bomba. Seramai 20 keluarga yang terlibat telah pun mendaftar di Pusat Khidmat ADUN Apas Kg Titingan. Wakil Rakyat Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang melawat kawasan kejadian sempat menziarahi keluarga yang kehilangan dua anak perempuan,berumur 19 tahun dan 6 tahun yang rentung terperangkap semasa kebakaran. Tawfiq juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu yang kehilangan dua anak tersebut. Sementara itu, semasa bertemu dengan mangsa-mangsa yang lain, Tawfiq menyampaikan bantuan kewangan serta barangan keperluan dapur. Turut sama memberi sumbangan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia. Selain itu UMNO Tawau juga akan menyediakan kayu-kayan serta zinc bagi pembinaan semula 6 buah rumah yang musnah dijilat api ditapak yang sama. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pula turut sama menyediakan RM14,000 bagi setiap pembinaan 6 buah rumah tersebut melalui Pusat Giat MARA.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply