Dun Apas — 22 February 2012
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah Tawau 2012

Aktiviti bersukan merupakan salah satu gaya hidup sihat yang perlu diterapkan dikalangan generasi pelajar untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan produktif. Melalui sukan juga beberapa nilai positif seperti disiplin, budaya bersaing, setia-kawan akan dapat diterapkan dalam diri pelajar. Demikian antara sedutan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau bertempat di Kompleks Sukan Tawau sabtu lalu. Tawfiq juga menyeru atlit-atlit sukan sekolah daerah Tawau agar terus berlatih bersungguh-sungguh agar dapat mencontohi pencapaian atlit olahraga Tawau era 70’an dan 80’an yang bukan sahaja mampu mewakili Sabah bahkan mampu mewakili Malaysia diperingkat Antarabangsa.Turut hadir dalam acara tersebut Pegawai Pelajaran Daerah Tawau Darmansah Asakil dan timbalannya Abd Rahman Kannan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda