Dun Apas — 22 February 2012
Kembara Jejak Kasih Mantan Guru Sekolah Islamiyah Tawau

Pada awal bulan Februari 2012, sekumpulan 20 ahli Persatuan Alumni Sekolah Islamiyah Tawau (ASSIST) mengadakan Program Kembara Jejak Kasih bagi menjejaki beberapa orang Ustaz serta Ustazah yang pernah berkhidmat di Sekolah Islamiyah Tawau sejak sekolah tersebut diwujudkan pada tahun 1970. Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi ASSIST Tn Hj Amrullah Kamal turut disertai mantan-mantan pelajar Islamiyah Tawau seperti Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan isteri Datin Rahmah Sayed Ali, Datuk Hj Awang Sharin Alimin dan isteri. Sekolah Islamiyah Tawau diwujudkan oleh masyarakat Islam Tawau melalui Persatuan Islam Tawau PIT dan kemudiannya USIA dan antara guru-guru pertama yang menjadi pendidik disekolah ini termasuklah Allahyarham Dato Hasbullah Hassan (Guru Besar Sekolah Islamiyah Tawau yang kemudiannya menjadi Mufti Kerajaan Kelantan), Ustaz Ahmad Idris , Ustazah Zaleha, Ustaz Kadir Hassan, Ustaz Hussin Mustafa, Ustazah Aminah Hussin dan lain-lain. Kewujudan Sekolah Islamiyah Tawau sesungguhnya bukan sahaja berjaya mendidik anak-anak Tawau dalam ilmu agama bahkan telah mentransformasikan masyarakat Tawau yang sememangnya masyarakat cinta agama menjadi masyarakat Islam yang mencintai serta menghayati islam dalam kehidupan mereka. Sekolah Islamiyah Tawau juga merupakan sekolah pertama di Sabah menawarkan pendidikan Menengah Rendah Agama sebelum wujudnya Sekolah Agama Toh Puan Hjh Rahmah di Kota Kinabalu dan menjadi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang datang dari seluruh negeri Sabah pada ketika itu.
Dalam Kembara kali ini, ASSIST telah sempat mengunjungi balu Allahyarham Dato Hasbullah Hassan dan keluarga di Kota Bharu, Kelantan. Seterusnya , turut diziarahi Ustaz Abd Kadir Hassan di Ketereh, Kelantan dan Ustazah Hjh Aminah Hussin di Jerteh, Terengganu. Di Kedah pula, antara mantan-mantan guru Sekolah Islamiyah Tawau yang di ziarahi termasuk Ustaz Hj Ahmad Idris dan Isteri Ustazah Zaleha, Keluarga Allahyarham Ustaz Hussin Mustafa, Ustazah Rahmah, Ustaz Hj Jamaluddin Yaakob, Ustaz Hj Saad, Ustaz Halim dan Ustaz Ahmad Ismail .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda