Dun Apas — 03 February 2012
Lawatan Ke SJK(C) Sin Hwa Tawau

Baru-baru ini ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mengadakan lawatan ke SJK(C) Sin Hwa Tawau atas jemputan pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG Sekolah. Antara lain tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau permasaalahan serta isu-isu kebajikan murid-murid yang belajar disekolah tersebut. Sekolah tersebut yang terletak ditengah-tengah Bandar Tawau merupakan satu-satunya sekolah Cina yang mempunyai murid bumiputera paling ramai di Sabah. Terdapat kelas-kelas dimana bilangan murid bumiputera jauh melebihi murid berbangsa Cina . Antara isu-isu yang dihadapi termasuk masaalah infrastruktur serta pencapaian agak lemah dikalangan murid bumiputera dalam subjek Bahasa Mandarin.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda