Dun Apas — 22 February 2012
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012 Peringkat Kg Sg Gading, Tawau

Masyarakat Islam diseru untuk terus bersatu padu dalam menghadapi cabaran era globalisasi dan perubahan pantas yang melanda dunia. Kemajuan teknologi serta pembangunan fizikal yang berlaku harus diimbangi dengan penerapan kekuatan dalaman diri setiap ummat dengan meningkatkan ilmu pengetahuan agama, iman serta amal solih. Dalam ucapannya semasa melancarkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg Sg Gading di Tawau, ADUN Apas YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan turut menyarankan agar ummat islam menghargai nikmat keamanan negara kini dan memastikan suasana ini akan berterusan demi kemajuan dan pembangunan berterusan khususnya untuk generasi mendatang. Sambutan Maulidur Rasul anjuran warga Kg Sg Gading tersebut turut diisi dengan persembahan nasyid dan ceramah agama.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda