Dun Apas Dun Balung — 11 February 2012
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau telah menganjurkan Program 4S ‘ Sayangi Sabah Selamat Sejahtera’ bertempat di Dewan Kg. Balung Cocos Tawau.II.Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Syed Abas bin Syed Ali, ADUN N.55 Balung merangkap Penasihat Sains Dan Teknologi  kepada Ketua Menteri Sabah. Antara pengisian program ialah ceramah  yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas PDRM Sabah berkenaan dengan isu-isu semasa berhubung keselamatan negeri Sabah dan ceramah oleh Tuan Pengarah Biro Tatanegara negeri Sabah.  Turut diadakan pameran daripada badan-badan kerajaan yang terpilih seperti Biro Aduan Awam (Negeri & Persekutuan), pemeriksaan kesihatan percuma daripada Jabatan Kesihatan Tawau, Kaunter Daftar SPR (Daftar Pemilih & Ahli) dan kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat.Seramai 1000 orang telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada penduduk-penduduk dan belia-beliawanis di  kampung sekitar Kg. Balung Cocos.Jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tawau adalah sebanyak RM6000.00

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda