Dun Apas Dun Balung — 11 February 2012
PROGRAM 4S ‘SAYANGI SABAH SELAMAT SEJAHTERA

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau telah menganjurkan Program 4S ‘ Sayangi Sabah Selamat Sejahtera’ bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Batu Payung Tawau.Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Tawfiq bin DSP Hj. Abu Bakar Titingan, ADUN N.56 Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Antara pengisian program ialah sesi dialog yang melibatkan Agensi-agensi  Keselamatan Maritim, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, ATB 2 Tawau, Jabatan Laut Sabah dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bertujuan untuk mengetahui permasaalahan penduduk yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan.Turut diadakan pameran daripada badan-badan kerajaan yang terpilih seperti  Biro Aduan Awam (Negeri & Persekutuan), kaunter Agensi AntiDadah Kebangsaan Cawangan Tawau dan Kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda