Dun Apas — 22 February 2012
Program Khidmat Komuniti PLKN Kem Shan Shui Tawau

Generasi muda merupakan aset utama negara dan pewaris kepimpinan masa depan. Sehubungan itu, generasi muda perlu dipersiapkan kualiti-kualiti asas bagi persiapan menggalas cabaran yang bakal mereka pikul. Pusat Latihan Khidmat Negara merupakan antara kaedah yang mampu melahirkan generasi muda dengan sahsiah diri serta kualiti asas lain sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan akademik yang didapati disekolah. Amatlah wajar, peserta yang terpilih menyertai PLKN menggunakan peluang tersebut untuk meningkatkan kualiti diri serta menanam semangat perpaduan sesama rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama maupun adat resam. Untuk peserta PLKN Kem Shan Shui, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk Program Khidmat Komuniti di Kg Batu Payung dimana peserta menyertai warga kampung untuk membersihkan persekitaran pantai Batu Payung. Hadir merasmikan Program tersebut ialah ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda